Recent update
kenape cenggini…
March 19th, 2009 by norteagirlz2204
Kenapa cenggini??
Apsal lak topic ni yang aku pilih ek…hehe, takde kena mengena ngan diri aku pun…sekadar bercerita tentang mereka yang berada disekeliling aku dan mengambil iktibar dan belajar sesuatu dari mereka…pengalaman dan orang sekeliling kita adalah guru kita yang paling berharga (tu mak aku la kata…tapi aku rasa betul gak w/pun pengalaman tu dari org lain)
nape lak aku cakap cenggitu ek..jom kita ingat2 masa kita skolah dulu….zaman2 cinta monyet kita..masa tu konon2 kalau ada pakwe kira best la sangat…kononnya ada tempat nak bercerita la…nak luah masalah la (banyak sangat ler problem konon….PMR/SPM pun tak abis lagi)..hehe…wahh masa tu weekend je cakap kat mak abah nk kuar g Bandar beli buku rujukan…padahal nak g dating, tak puas rasanya jumpe hari2 kat sekolah…masa tu dia la hero kita, paling macho, sanggup wat apa saja utk kita…(ni intro jek..sekadar berbunga2…xde kena mengena pun ngan drama swasta ni..hehe)
masa berlalu…kita abis sekolah…lelaki tu jugak mungkin dah jauh dari kita…masing2 bawak haluan sendiri..dan dari jauh kita dengar dia dah dengan orang lain..sesekali jumpe kat kg kite bertegur sapa, sama cam dulu, bezanya masing2 dah berubah..banyak rahsia yang terlindung antara satu sama lain..soalan pebret kite..”beb dah kawen ke lum”..dan lelaki tu pun jawab..”belum arhh…xde orang nak kat aku”…hehehe…tu pun jawapan yang slalu aku jawab kat member2….”abis awek ko, ape cite??” “wa la wehh aku mana awek beb…single lagi nih”…ermm….penipuan pertama bermula, padahal kita dah tau dia tengah cinta maut dengan sorang minah ni…kite pun wat bodoh jer la…bukan nak jadi hubby kita pun kan…
di suatu ketika yang lain pulak, kite bertemu dengan seseorang….mungkin ketika itu hati terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup kita…ye la kalau kira umur skang, nak tiup lilin kat kek besday pun, mau penuh kek tu..hehe…ermmm mungkin dalam sesi suai kenal, kita rasa dia cukup serasi dengan kita…kita selesa bersama, bercerita apa saja, ketawa dan airmata boleh ketika bersamanya….tapi, bila suatu ketika, tiba2 kite berjumpa teman baiknya dan dari situ baru kita tahu dia tunangan orang, masa tu dunia rasa berputar dan ada gunung berapi yang nak meletup…dan sebagai manusia bergelar perempuan, emosi mengatasi segalanya. Cuma kita tak luahkan terus kepadanya….kita cuba bertanya cara simbolik, mingkin ada kejujuran pada jawapannya….”weh..tunang sihat??”..”eh, bila masa pulak saya bertunang nihh??”” soalan berjawab soalan..camne tu…hehe…padahal dalam masa yang sama kita sudah tau jawapan dan penipuannya..ok..selindung la kamu wahai lelaki….biarkan…kite terus bermain tarik tali hingga suatu masa nanti dia akan terbongkar dengan sendirinya..
dan pada waktu perempuan berkata ini mungkin penghujung kehidupanku dan permulaan baru untuk dunia ku…kita menerima seorang lelaki bergelar suami….ini adalah perjudian yang paling besar untuk seorang perempuan…mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk mencari sebuah kebahagiaan yang di harapkan…punya bayi2 comel..punya keluarga yang sempurna…dan ketika kebahagiaan yang kita harapkan berterusan, rupanya ada lagi persoalan…kenapa kejujurannya sukar di temui…kita sudah memberikan segalanya….masa..harga diri…pengorbanan…dan segalanya untuk dia..tapi dia masih mampu berkata bujang di luar…mampu berkata dia dia terpinggir dari isterinya…rasa tak mendapat belaian dan kasih sayang yang secukupnya dari kita…dan segala macam perkataan canggih yang tak terbayang dek kita..semuanya khusus untuk kita…kita di duakan…….
kenapa lelaki cenggini??? Selalu fikir kita seolah2 tak akan tau penipuan yang mereka lakukan….sebab kita lemah?? Atau mungkin mereka berasa kerana mereka lelaki, mereka adalah penakluk semuanya….silap tu…kita tau…tapi sebagai perempuan kita jarang mengucar kacirkan suasana ataupun pura2 tak mengerti supaya tak kehilangan segala yang jadi milik kita…erm..mungkin..
dan sehingga suatu masa kerana penipuan itu sering terjadi…kita jadi sukar memaafkan..
dan kerana peluang yang diberikan seolah tak di peduli, kita menjauh darinya…
dan jika semuanya seolah tidak berharga lagi, kenapa kita masih menanti pada yang tidak pasti….
DAN tak semua lelaki sama cam cite aku kat atas tu…hanya segelintir saja…dan kita jangan lemah untuk semua itu…airmata kita tu lebih berharga dari kita berjuang mendapatkan dia yang belum pasti kekal bersama kita…KITA atau DIA sama saja sebenarnya…coz sowang member lelaki aku pun pernah alami perkara yang sama…di tipu aweks…hehehh lama gak membujang member gua nihh..heheh sowi bro, utk titipan kawan2 aku jek..heheh
kenapa aku bercerita emosi hari ni….itu adalah cerita insan di sekeliling aku…hanya sekadar bercerita, mungkin terkena diri kita sendiri jugak suatu hari nanti…dan untuk kawan2 aku yang sedang merasai semua ni…..kita doakan yang terbaik yer…STILL REMEMBER…ALLAH TAK AKAN MENGUJI HAMBANYA, MELEBIHI KEMAMPUAN KITA…means kita insan terpilih dan kuat untuk menghadapi semuanya…dan aku sayang kowang sume…masih seperti dulu untuk dengar dan terima korang seadanya seperti mana korang terima aku seadanya aku…hehehe…
SALAM SAYANG DAN WINDUU buat mereka yang aku sayang selalu…
p/s kes 1 2 3 tadi bukan rekaan semata2…ada kena mengena dengan yang hidup ini…hahaha
Posted in Uncategorized | | |
2 Responses to ' kenape cenggini… '
Leave a reply
Categories
- Books (1)
- Uncategorized (28)
Archives
- June 2009
- May 2009
- April 2009
- March 2009
- February 2009
- December 2008
- November 2008
- October 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008
- May 2008
- March 2008
- February 2008
- November 2007
- September 2007
- July 2007
- June 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
Blogroll

on March 24th, 2009 at 5:36 am
best betul cerita nie.. huhuhuhu
on March 24th, 2009 at 5:37 am
lupa ole-ole dari 2 tempat mana??
huhuhuhu.. lupa kat kita erk?